Inilah Babi Sondol Orang Yang Perlu Anda Tahu!

Babi hutan, juga dikenali sebagai babi liar atau babi sondol, kerana menyondol adalah cara mempertahan dirinya. Namun, ia tidak sama seperti sondol laki orang kerana itu untuk memuaskan dirinya. Mereka adalah spesies babi liar yang tersebar luas di Asia dan beberapa bahagian Afrika.

Mereka adalah haiwan bersosial yang bergerak secara berkumpulan dan biasanya terdiri daripada 2 ekor babi hutan betina dan anak-anaknya. Babi hutan betina akan melahirkan 4 ke 10 ekor anak setiap kali ia mengawan.

Babi Hutan, Spesies yang Mulai Kehilangan Predatornya - Greeners.Co

Anak babi hutan yang baru lahir mempunyai bulu bewarna perang dan jalur bewarna kuning cair. Ini membantu untuk mereka menyamar dan bersembunyi di pohon-pohon hutan. Corak jalur pada anak babi ini akan hilang apabila mereka meningkat dewasa.

Babi hutan akan mengeluarkan bunyi dengusan dan berkeriut untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka amat suka bermandi lumpur, disebabkan ia tidak boleh berpeluh, jadi ini akan menstabilkan suhu badannya dengan berkubang didalam lumpur.

Babi Hutan Lumpur Mandi - Foto gratis di Pixabay

Walaupun penglihatannya kurang baik, babi hutan akan bergantung kepada deria bau dan pendengarannya untuk mencari makanan dan ini membantu mereka dapat menjauhkan diri daripada sebarang ancaman dan musuh.

Babi hutan amat peka pada persekitarannya dan mudah terkejut. Mereka adalah spesis omnivor yang memakan daging dan tumbuhan. Senang kata semua benda dia akan makan termasuklah najis mereka sendiri.

African Wildlife In Action! Warthog Tossing Leopard To The Air To Save Baby  | Cheetah vs Wild Boar - YouTube

Babi hutan terberat adalah babi hutan Eurasia (Sus Scrofa), yang tumbuh hingga 320 kg. Babi hutan terkecil adalah babi kerdil (Sus Salvanius) dengan tinggi sekitar 25 sentimeter dan berat 6 hingga 9 kg.

Antara fakta lain tentang Babi Hutan;
  • Ia mampu berlari sepantas 50km/h dan mampu melompat setinggi 5-6 kaki yang menyamai ketinggian manusia.
  • Babi hutan memiliki jangka hayat antara 4-8 tahun, serta mampu mencapai berat 80kg hingga 300kg.
  • Kekuatan rahang babi hutan mampu mematahkan tulang.
  • Memiliki keupayaan menghidu sejauh 8 hingga 11km!

Babi hutan terancam oleh kehilangan habitat. Akibatnya ia sering mencerobohi penempatan manusia dan menimbulkan konflik yang tidak diingini. Babi hutan juga berisiko terdedah dengan wabak jangkitan selsema babi yang boleh mengancam populasinya didalam hutan.

Viral Babi Liar Masuk dan Berkeliaran di dalam Mal, Bikin Panik Pengunjung  - Hot Liputan6.com

Walaupun babi dianggap haiwan perosak tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem. Ia membantu menyebarkan biji benih serta mengawal serangga dan haiwan perosak lain di hutan.




Jika anda ada masalah serangga perosak yang semakin membimbangkan. Hubungi kami Pakar Kawalan Serangga Perosak Anda 1-700-81-7529 dan dapatkan Konsultasi & Pemeriksaan secara PERCUMA!

09 May 2023


REQUEST A FREE QUOTE