Silverfish atau Gegat Penyebab Kerosakan Buku

Silverfish atau Gegat Penyebab Kerosakan Buku


Silverfish atau Gegat merupakan serangga kecil tanpa sayap biasanya berukuran antara setengah hingga satu inci. Jika buku-buku anda ada kertas yang berlubang-lubang itu adalah berpunca dari gegat!

Gegat juga dianggap serangga perosak kerana ia memakan hampir semua benda, termasuk daging kering, tepung, kertas, kapas, fabrik, gula, dan bijirin. Kalau tengok senarai ni, boleh rosak semua barang kalau ada gegat ni kan?

Gegat tak berbahaya pada manusia, tapi tindakannya dengan mencemari makanan & pakaian, boleh memudaratkan kita. Gegat betina dewasa mampu menghasilkan sehingga 50 butir telur pada satu-satu masa. Ia akan bertelur di celah-celah dan retakan yang ada.


Cara terbaik untuk menghindari gegat ni ialah:

1. Membuang longgokan kertas, bekas, dan kotak, dan jangan biarkan pakaian melonggok untuk masa yang lama.

2. Sama saja macam serangga lain, gegat memang akan terus mati kalau terkena spray racun serangga.

3. Disebabkan gegat ni sangat sukakan persekitaran dan ruang yang lembap, gunakan Dehumidifier ni adalah benda yang mengawal dan mengurangkan tahap kelembapan udara.

4. Pastikan semua bekas ditutup dengan rapat pada setiap masa.

5. Potong timun dan letakkan di laluan gegat. Gegat akan mula melarikan diri.

6. Cara paling jelas nak selesaikan masalah gegat. Letak saja ubat gegat tu, gerenti semuanya akan pergi meninggalkan rumah anda.

Jika anda ada masalah serangga perosak yang semakin membimbangkan. Hubungi kami Pakar Kawalan Serangga Perosak Anda
1-700-81-7529 dan dapatkan Konsultasi & Pemeriksaan secara PERCUMA!

16 Feb 2023

REQUEST A FREE QUOTE

Termite Control

We provide a wide range of or “white ant” control treatment options that are toilered specifically for your particular needs.

Mosquito Control

Innovative, marker leading solutions such as larviciding and fogging to bring mosquito infestations under control.

General Pest Control

Residential and Industrial pest control for cockroaches, ants, rats, bed bugs, fleas etc.

Disinfection Service

Prevents transmission of diseases and infection.