8 Fakta Menarik Mengenai Lipas Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Lapan fakta menarik mengenai lipas yang mungkin ramai tidak tahu. Antaranya adalah seperti:

1. Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja. Ia berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh.
 
2. Lipas mampu menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal. Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan mengurangkan rintangan dan membolehkan ia berlari sepantas 320km/j!

3. Lipas masih mampu hidup sehingga dua hingga tiga minggu setelah kepalanya terputus. Ya! Mereka boleh hidup kerana bernafas melalui liang di badan, tetapi mereka akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan.

4. Lipas hidup berkumpulan, tetapi ia tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Apabila lipas makan, ia membuang najis. Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkerumun.

5. Ada spesis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang. Mereka lincah melompat dan tidak suka duduk diam.

6. Lipas omnivor ini makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Walaupun gigitan lipas tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengking dan labah-labah, namun situasi itu tetap tak diingini.

7. Lipas masuk ke dalam telinga manusia kerana tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian mereka. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal.

8. Di negara China, lipas diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Di sana lipas dimakan sebagai snek!
 


Sila ambil maklum bahawa fakta-fakta ini mungkin menarik, tetapi lipas tetaplah serangga yang perlu dijauhi kerana ia boleh membawa kuman dan bakteria yang membahayakan kesihatan manusia.


Jika anda ada masalah serangga perosak yang semakin membimbangkan. Hubungi kami Pakar Kawalan Serangga Perosak Anda 1-700-81-7529 dan dapatkan Konsultasi & Pemeriksaan secara PERCUMA!

07 Dec 2023


REQUEST A FREE QUOTE


 

OUR BRANCHES
NEGERI SEMBILAN
Seremban
+606 763 3929
MELAKA
Batu Berendam
+606 317 5939
PERAK
Ipoh
1700-82-0529
PENANG
Perai
+604 240 2037
KEDAH
Alor Setar
+604 240 2037
JOHOR
Bandar Uda Utama
+607 244 8558
JOHOR SUPPORT CENTRE
Batu Pahat
+607 244 8558