Apa itu Macrotermes Carbonarius atau Kongkiak?




Macrotermes Carbonarius dikenali sebagai ‘anai-anai hutan’, kerana spesisnya banyak dihutan khususnya di Malaysia. Kalau orang utagha depa habaq semut Kongkiak atau Kelingkiak.


Get it off! (Macrotermes carbonarius) | Found during a day h… | Flickr

Gigitan anai-anai hutan ini amat kuat dan boleh menyebabkan luka yang dalam pada bahagian kulit manusia. Bila menggigit, ia takkan lepas sehingga kita sendiri yang membunuh atau melepaskannya.

Dalam koloni yang berkasta, mencari makanan adalah tugas anai2 pekerja, untuk diberi makan buat seluruh koloni termasuk Ratunya. Anai-anai askar pula yang mempunyai kepala dan penyepit (mandible) yang besar berfungsi untuk mengawal dan mempertahankan koloni dari diserang serangga lain.

Spesis ini terkenal kerana membina sarang yang besar dan kompleks. Ia boleh mencapai ketinggian beberapa meter yang diperbuat daripada tanah, air liur dan najis.

Sarang ini biasanya terletak di dalam pokok, juga boleh ditemui di atas tanah. Mereka dianggap perosak kerana boleh merosakkan struktur kayu dan tanaman.

Namun, ada kebaikkannya buat ekosistem terutamanya di dalam hutan. Anai-anai amat penting kerana ia mencernakan selulosa kepada bahan yang boleh digunakan untuk menyokong semula penumbuhan tumbuh-tumbuhan.

6 Macam Ekosistem di Indonesia yang Perlu Dijaga Kelestariannya - Ragam  Bola.com
Tanpa anai-anai hutan, timbunan kayu serta daun mampu menimbus pokok-pokok di hutan dan menyebabkan tumbuhan mati.



Jika anda ada masalah serangga perosak yang semakin membimbangkan. Hubungi kami Pakar Kawalan Serangga Perosak Anda 1-700-81-7529 dan dapatkan Konsultasi & Pemeriksaan secara PERCUMA!

09 May 2023


REQUEST A FREE QUOTE


 

OUR BRANCHES
NEGERI SEMBILAN
Seremban
+606 763 3929
MELAKA
Batu Berendam
+606 317 5939
PERAK
Ipoh
1700-82-0529
PENANG
Perai
+604 240 2037
KEDAH
Alor Setar
+604 240 2037
JOHOR
Bandar Uda Utama
+607 244 8558
JOHOR SUPPORT CENTRE
Batu Pahat
+607 244 8558