Anai-Anai

MASALAH ANAI ANAI
Anai-anai boleh menyerang rumah anda tanpa amaran. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Di Malaysia, jumlah kerosakan akibat infestasi anai-anai mencecah lebih kurang RM40 juta setiap tahun. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak. Selain daripada kerosakan struktur bangunan dan perabot, masalah anai-anai juga akan menyebabkan kecederaan ataupun kematian, sekiranya bumbung rumah runtuh akibat serangan anai-anai yang serius. Tahukah anda bahawa kerosakan rumah akibat infestasi anai-anai adalah lebih biasa berbanding dengan banjir dan kebakaran. Ini adalah kerana persekitaran tropika dan kelembapan tinggi di negara kita mengalakkan penambahan populasi koloni anai-anai. Dan kerosakan akibat anai-anai ini adalah tidak dilindungi oleh insurans rumah. Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan pemeriksaan dan sebut harga yang percuma!
Cara Rawatan Racun Anai-Anai
(Liquid Termiticide)
• Rawatan cecair kimia (Termiticide) merupakan satu-satunya rawatan anai-anai yang memerlukan penggerudian pada konkrit, jubin mahupun pada tanah yang keras.

• Apabila pekerja anai-anai tersentuh lapisan racun pada masa mencari makanan, mereka akan terdedah kepada racun. Racun ini boleh dimakan dan dilekat di badan-badan mereka. Pekerja anai-anai yang terjejas boleh menyebar racun ke anai-anai yang berada di koloni melalui sentuhan fizikal.

• Idea bagi rawatan ini adalah menyediakan lapisan kimia antara anai anai yang berada dibawah tanah dan struktur bangunan.
Cara Rawatan Pengumpanan Anai-Anai
(Bait System)
• Sistem Umpan Anai-Anai memanipulasi biologi dan tabiat pemakanan anai-anai dengan memperkenalkan racun kepada sarang anai-anai.

• Anai-anai yang telah memakan umpan tersebut akan bawa ia balik untuk diberi kepada keseluruhan koloni, termasuk permaisurinya.

• Bahan aktif yang bertindak sebagai pengawal pertumbuhan serangga (Insect Growth Regulator, IGR). akan mencacatkan mereka sewaktu dan selepas mereka melalui proses penyalinan kulit.

• Permaisuri anai-anai akan mati apabila tiada lagi anai-anai lain yang memberikan makan, ini mengakibatkan eliminasi yang lengkap kepada koloni anai-anai.
Cara Pemantauan Anai-Anai
(Bait Monitor System)
• Stesen pemantauan anai-anai dipasang bagi tujuan pengawasan anai-anai di rumah kediaman anda.

•Stesen tersebut bertindak dengan memantau activiti anai-anai di bawah tanah.
KAMI MENGHAPUSKAN INSFESTASI ANAI-ANAI!
5+ TAHUN JAMINAN TERBUKTI
Rawatan Anai-anai dari Skill Termite


 Kami menjamin servis kawalan anai-anai yang efektif

 Kami memberi jaminan 5+ Tahun

 Permeriksaan percuma dari pakar kawalan anai-anai.

 
CALL US TODAY ON 1700-81-7529 OR LOCATE OUR NEAREST BRANCH FOR A FREE CONSULTATION.

CONTACT US